Kata Alu-aluan

Mengenai ILKBS Career Fest

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir selaras dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah mencapai status negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dengan sasaran 50% tenaga kerja mahir. Program Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menjayakan pembangunan negara telah mengiktiraf latihan kemahiran sebagai teras ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu “Meningkatkan Pembangunan Modal Insan”. Program Transformasi TVET dijadikan salah satu bidang fokus yang telah dikenal pasti. Selari dengan agenda Pemerkasaan TVET, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan perlu menyediakan dan melakukan transformasi TVET dalam menghadapi cabaran baru seperti era The Fourth Industrial Revolution.

2. Pada tahun 2020, negara telah menghadapi tempoh sukar menangani wabak pandemik COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan mengikut keperluan prosedur bersesuaian dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung perkara ini telah menjejaskan beberapa aktiviti perniagaan dan industri termasuk rakan-rakan strategik Kementerian Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun, demi memastikan bahawa pelajar dan graduan ILKBS masih berpeluang untuk menjalani Latihan Industri (LI) serta mendapat penempatan pekerjaan, program ILKBS Career Fest dilihat sebagai penting untuk dilaksanakan. Oleh itu, pelaksanaan ILKBS Career Fest bagi tahun 2021 adalah dicadangkan secara maya.


Hala Tuju

Selaras dengan kehendak ekonomi semasa dalam mendokong aspirasi negara bagi strategi penciptaan dan penempatan pekerjaan seperti di bawah urus tadbir Majlis Pekerjaaan Negara (National Employment Council – NEC) dan Skim Perantisan Nasional (SPN) yang diurus tadbir oleh Kementerian Belia dan Sukan, keperluan ILKBS untuk bergerak dengan lebih bersepadu dan memenuhi tuntutan teknologi semasa adalah kritikal.

Lepasan ILKBS adalah nadi kepada tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan, sikap mahu pun sahsiah yang terpuji di kalangan belia negara.

Gerakan TVET di Kementerian Belia dan Sukan untuk dikenali sebagai TVET Belia Malaysia yang memenuhi kehendak industri negara.

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: